Siapa yang tak kenal Abang Din, kan? Orang yang dah lama giat dalam bidang pertanian dan produk kesihatan semula jadi sejak 2006. Lebih daripada 15 tahun dia berkecimpung dalam industri ini, banyak ups and downs yang dia lalui. Tapi satu benda yang tak pernah berubah: semangat dia untuk bantu orang lain jadi lebih sihat.
Banyak Pengalaman, Banyak Jatuh Bangun
Pernah terlibat dengan agensi besar macam Peladang, FAMA, MARDI, MAHA, MARA dan banyak lagi. Bukan main-main, dia banyak bagi idea dan sumbangan dalam bidang pertanian dan kesihatan. Kalau pasal perniagaan, dia pernah jatuh, tapi bangun balik. Sebab tu produk dia memang berkualiti dan berkesan.
Umur Dah Nak Sampai 60 Tahun, Tapi Semangat Macam Orang Muda!
Walaupun dah hampir cecah 60 tahun, tapi bertenaga macam orang muda. Jiwanya memang obses nak hasilkan produk pertanian dan kesihatan yang top. Dari kopi hinggalah ke juice dan pati, semua dia ada buat, dan buat dengan penuh dedikasi.
Terkenal Dalam Dunia Offline
Abang Din ni bukan calang-calang. Dalam dunia offline, dia memang terkenal sebab produk yang dihasilkan memang ada kualiti. Orang yang dah cuba produk dia, memang puas hati.
Apa yang Menarik Tentang Jus Pati Haliablitz Bentong?
Abang Din pilih bahan-bahan yang berkualiti tinggi. Selain halia Bentong, ada juga madu tualang, lemon, cuka, bawang putih, dan buah kulim. Semuanya digabungkan jadi satu formula yang memang hebat.